Make your own free website on Tripod.com

Pada 6 November 2006, Persatuan Bimbingan & Kaunseling Zon Nilai telah menganjurkan Seminar Outreach Kerjaya Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Seremban.  Seminar ini bertempat di Kem Seri Perkasa, PLKN Mantin mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Seramai 162 orang pelajar dari sekolah daerah Seremban telah melibatkan diri dalam seminar ini.  Seminar ini bertujuan membantu para lepasan sekolah ke arah perancangan yang lebih baik demi memenuhi impian masing-masing.  

Pelajar-pelajar telah diberi taklimat tentang inventori minat kerjaya, perancangan kerjaya masa depan dan persediaan menghadapi temuduga.

Sesungguhnya kesudian Yang Berhormat Dato Hj Ishak Bin Ismail (Adun Kawasan Lenggeng) turut hadir dalam Majlis penutup program ini melambangkan kesungguhan Dato dalam turut serta membantu anak-anak didik kita membina kerjaya yang lebih cemerlang.